photobooth kahwin

10 Idea Photobooth Kahwin Yang Menarik

Zaman sekarang nak kenduri kahwin tak sah kalau tak ada photobooth kahwin. Kahwin kalau boleh hanya sekali, tapi memori nak dikekalkan lama. Apa lagi bergambarlah!

Banyak orang cuba buat photobooth DIY untuk majlis perkahwinan mereka. Buat yang nak cuba tambah seri pada pada gambar tu, nah, kami dah carikan idea mudah untuk anda buat sebagai dekorasi.

Teruskan membaca sehingga habis untuk mendapatkan 10 idea yang menarik.

10 Idea Photobooth Kahwin

1. Origami

Aktiviti membuat origami adalah antara paling popular dalam dunia. Semasa anda budak kecil, sudah pasti pernah mencuba kan?

Apa kata untuk majlis perkahwinan, anda buat photobooth origami! Ia adalah cara yang murah kerana tidak perlu banyak bahan. 

Bahan yang perlu hanya “kami” iaitu kertas origami. Anda boleh tambahkan benda lain untuk mencantikkan lagi phototbooth. Ini adalah idea photobooth DIY yang sangat mudah!

2. Belon

Ini juga merupakan idea photobooth kahwin simple. Belon adalah benda yang disukai oleh semua orang, dari budak kecil sampai orang tua. 

Anda boleh memilih belon yang pelbagai warna untuk menarik perhatian orang ramai. Yang paling best adalah boleh buat sendiri kerana ia sangat mudah.

Anda juga akan menjimat banyak duit dan akan dapat photobooth yang sangat cantik dan menarik.

 

3. Lantern

Idea photobooth kahwin DIY yang ketiga adalah membuat photobooth menggunakan lantern. Lantern atau tanglung biasanya diperbuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh.

Tanglung sangat popular di Malaysia terutamanya dalam masyarakat Cina kerana ia merupakan satu elemen kebudayaan mereka. 

Oleh itu, ia sangat mudah untuk mencari bahan untuk buat lantern atau beli yang ‘ready-made’.

Dengan ini, anda tidak menghabiskan masa yang lama untuk menjayakan photobooth ini.

4. Frame Lama

Anda ada bingkai gambar kat rumah yang tidak guna? Anda boleh menggunakannya untuk membuat photobooth kahwin murah yang sangat menarik!

Anda boleh susunnya supaya ramai orang boleh muat dalam satu bingkai. Ia akan menghasil gambar yang sangat cantik.

Ia juga merupakan idea yang sangat baik kerana guna semula barang sendiri.

Selain itu, anda juga akan menjimat duit kerana semua barang anda sudah ada. Jika tiada bingkai lama, boleh tanya keluarga atau jiran terdekat. 

Mereka sudah pasti gembira kerana mereka boleh jimatkan ruang di rumah.

5. Tema Flora

Idea photobooth DIY yang seterusnya adalah photobooth yang bertema flora. Idea flora yang paling menarik sudah tentu adalah bunga-bunga.

Anda boleh memilih satu bunga seperti bunga ros sebagai tema atau pelbagai bunga untuk menghasilkan warna yang menarik. Hasilnya adalah gambar-gambar yang sangat cantik. 

Photobooth kahwin ini juga sangat romantik jika anda buat tema flora bunga. Ini sangat sesuai dengan majlis perkahwinan anda!


6. Hoops

Gelung juga merupakan suatu idea photobooth yang sangat baik. Nama lain untuknya adalah hoops atau nama yang terkenal iaitu hula hoop.

Anda boleh mencantikkan lagi gelung dengan menambahkan barang seperti bunga atau benda lain mengikut cita rasa. Gelung sangat mudah dicari kerana merupakan satu mainan yang disukai oleh budak.

Tetamu juga akan terkagum kerana kreativiti anda yang sangat menarik.

7. Pintalan Tali

Pintalan tali adalah cadangan ketujuh kami untuk anda buat sebagai dekorasi photobooth. Ini juga sangat mudah kerana hanya memerlukan tali.

Anda boleh buat ikatan kepada tali untuk menghasilkan corak yang cantik dan boleh memendekkan tali supaya ada perbezaan antaranya.

Hasilnya adalah backdrop gambar yang simple dan sangat cantik untuk digunakan oleh tetamu majlis perkahwinan anda.

8. Langsir

Langsir juga merupakan satu idea yang boleh digunakan untuk photobooth anda. Ini merupakan cara yang paling senang dan simple dari 10 cadangan kami ini.

Ini kerana hanya perlu memasangkan langsir dan voila! Hasilnya adalah background gambar yang sangat cantik. Anda juga boleh tambah benda lain untuk mencantikkan lagi.

Ini termasuk belon, riben dan sebagainya. Tetapi jika anda tidak ada bahan lain, langsir sendiri sudah cantik untuk dijadikan sebagai dekorasi photobooth.

9. Ruffle

Kain ruffle atau ropol juga boleh dijadikan dekorasi. Seperti langsir, ia juga merupakan cara yang sangat simple untuk mencantikkan dekorasi photobooth anda.

Ia berbeza sikit daripada langsir kerana ia tidak mempunyai bentuk dan corak kain yang sama. Itu yang membuatkan ruffle ini sangat menarik dan cantik seperti gambar di bawah.

Anda boleh menggunakan ruffle yang pelbagai warna supaya photobooth anda lebih cantik dan menarik.

10. Papan Hitam

Papan hitam juga merupakan satu idea photobooth yang simple dan murah. Dengan menggunakan dinding atau papan, anda boleh memasangkan kain hitam untuk dijadikan backdrop.

Dengan backdrop yang kosong, anda boleh menggunakan ruang ini untuk meletakkan ‘hashtag’ atau ayat-ayat menarik mengenai perkahwinan anda.

Dengan ini, apa-apa gambar yang diambil akan menunjukkan bahawa ia diambil di majlis anda kerana background yang mempunyai hashtag tentang majlis anda. 

Ia juga memberi ruang untuk ramai orang masuk gambar kerana tiada props yang akan menghalang.


Kesimpulannya, photobooth kahwin merupakan satu cara yang sangat menarik untuk memberi peluang untuk tetamu menghasilkan memori indah bersama anda. Ia sangat mudah dan memberi banyak faedah.

Adakah anda mencari servis photobooth untuk majlis anda? Marilah hubungi mereka yang terbaik dalam bisnes ini iaitu GlamBox Studio.

GlamBox Studio merupakan syarikat yang membuat servis photobooth yang interaktif dan menarik. 

Mereka berpengalaman lebih 5 tahun dan servis mereka telah digunakan oleh beratus orang termasuk syarikat-syarikat, selebriti dan keluarga-keluarga dengan maklum balas yang sangat positif.

Antara kelebihan mereka adalah:

  • Menggunakan kamera DSLR kualiti yang tertinggi
  • Menyediakan prop set yang sangat menarik
  • Kualiti gambar yang sangat berkualiti dan kuantiti yang tiada had
  • Gamba akan terhasil kurang dari 20 saat
  • Menyediakan backdrop yang sangat cantik untuk gambar
  • Staf dan khidmat pelanggan yang sedia membantu dalam event anda

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Hubungi GlamBox Studio untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top